Thursday, February 10, 2011

Penggunaan Emas di dunia realiti sekarang!

Salam sejahtera pembaca sekalian,
    Alhamdulillah kerana limpah kurniaNya kita telah diberikan kesedaran betapa pentingnya penggunaan emas dalam kehidupan seharian. Hari ini saya nak ceritakan kepada anda betapa besar nilai emas jika digunakan dalam kehidupan kita seharian.

   Emas ini nilai bersandarkan kepada beratnya. Beratnya tidak akan berubah! Jika 1,000 tahun dulu beratnya adalah 5 gram, sekarang pun beratnya adalah sama iaitu 5 gram. Bukti betapa bernilainya emas berbanding wang adalah:
  • Jika kita bawa Ringgit Malaysia ke Singapura, duit RM kita tak akan laku.. kerana tidak diguna pakai di Singapura
  • Bagaimana pula emas? Beri saya satu negara di dunia ini yang tidak mengiktiraf emas sebagai matawang universal
Berapakah nilai dinar emas?
Nilai emas sebenarnya berdasarkan berat. Berat standard 1 dinar adalah 4.25 gram..  Oleh kerana pada zaman dulu tiada peralatan canggih untuk menimbang berat emas, ianya adalah berdasarkan berat 72 biji gandum iaitu kira-kira 4.25 gram. So, ulama telah bersepakat untuk menetapkan 1 dinar adalah seberat 4.25 gram.  (baca artikel ini - Gold Dinar).

Kenapa perlu simpan emas?
Pertama kali dinar atau jongkong emas adalah untuk tujuan aset. Memang tidak dinafikan ia adalah matawang sunnah akan tetapi sekarang ini penggunaannya masih belum di implimentasi disebabkan monetary system ciptaan zionis. Jadi buat masa sekarang tujuan kita beli emas adalah untuk asset selain daripada hartanah.

Emas sebagai pelindung Inflasi
Sebagai contoh, kalau kita simpan duit dalam bank (fix deposit, asb dll) kita dpt untung dividen untuk cover kejatuhan nilai inflasi. Jumlah dividen adalah di antara 3% – 8% setahun. Bagaimana pula emas? Semestinya lonjakan harga emas adalah jauh lebih baik berbanding simpan dalam bank & berupaya bertindak sebagai pelindung inflasi TERBAIK. (baca artikel – Kenaikan harga emas sepanjang 5 tahun lepas)

Risiko Melabur Dalam  Bentuk Emas
Oleh kerana emas ini sangat bernilai maka sewajarnya kita melengkapi diri dengan ilmu untuk mengetahui mana pelaburan yang selamat dan sah serta diakui oleh bank negara. Untuk mengetahui bentuk pelaburan yang sah di Malaysia berikut adalah sesuai menjadi guideline dan panduan kepada anda:
  1. Perbandingan Pelaburan Emas di Malaysia
  2. Bahaya Skim Emas – Bagaimana nak tahu itu skim atau tidak?
  3. Pelaburan Emas, Skim Pelaburan & Skim Cepat Kaya
Dinar vs Matawang Kertas
Di sini saya akan tunjukkan kepada anda betapa besarnya beza jika kita menggunakan dinar berbanding dengan matawang kertas. Punca mengapa kita tidak sedar akan perkara ini adalah kerana halangan daripada IMF yang di cipta oleh zionis yahudi. Dalam sejarah sudah menunjukkan betapa nilai matawang akan jatuh dan akhirnya tidak dapat di guna pakai lagi.

3 biji telur berharga 100 Billion!


 
Tunggu apalagi..cepat tukarkan duit anda kepada emas..dan sama2 kita memperoleh manfaat dari kenaikan harga emas..hubungi kami segera!! =)

Friday, February 4, 2011

Pajak Gadai Ar-Rahnu Agrobank

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.
Kelebihan Skim Ar-Rahnu.
  • Pembiayaan mengikut Syariah.
  • Cepat, mudah dan selamat.
  • Lebih murah.
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
  • Tempoh gadaian lebih lama.
Kelayakan Pemohon.
  • Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
Had Gadaian.
  • Maksimum RM 50,000 @ RM 10,000 sehari.
  • Minimum RM 100.
Jenis Barang Gadaian.
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
  • Rantai.
  • Subang.
  • Cincin
  • Gelang tangan dan gelang kaki
  • Keronsang
  • Duit syiling emas dan emas keping
  • Lain-lain.
*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.
Kadar Upah Simpan.
Nilai Barang Kemas Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Upah Simpan Sebulan
RM 100 50% RM 0.50 RM 0.50
RM 100 60% RM 0.60 RM 0.60
RM 100 70% RM 0.75 RM 0.75
Penebusan Gadaian.
  • Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau.
  • Sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.
Cara Memohon.
  • Isi borang permohonan.
  • Satu salinan Kad Pengenalan.
  • Barang kemas yang hendak digadai.
  • Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera.
* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis.Maklumat lanjut sila layari www.agrobank.com.my

Beli emas dengan saya pada harga yang murah dan gadaikan di ArRahnu AGROBANK..lihat bagaimana emas mampu memberikan pulangan lumayan kepada anda...hubungi saya jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelaburan emas fizikal ini..=)